Kelip-kelip Sungai Yak Yah
Kelip-kelip Sungai Yak Yah

Kelip-kelip Sungai Yak Yah

Kelip-kelip Sungai Yak Yah atau juga dikenali sebagai kunang-kunang, merupakan habitat yang terbesar di Malaysia bagi kelip-kelip. Sungai Yak Yah terletak kira-kira setengah jam dari Bandar Chukai, Terengganu. Untuk melihat kelip-kelip ini, pelancong perlu menaiki bot di jeti Sungai Yak Yah. Kelip-kelip ini biasanya akan dapat dilihat di sepanjang Sungai Yak Yah menjelang pada malam hari. Jangan mengharapkan kehadiran kelip-kelip pada waktu siang kerana serangga ini hanya akan aktif dan keluar dari tempat persembunyiannya pada waktu malam sahaja. Untuk kemudahan para pelancong, bot-bot berenjin bateri tanpa gangguan bunyi, pastinya akan memberi pengalaman baru yang amat berharga kepada pengunjung, khususnya mereka yang gemar menikmati anugerah alam semulajadi. Bot-bot ini tersedia untuk kegunaan pelancong di jeti di kawasan Kelip-Kelip Sungai Yak Yah. Para pelancong akan di bawa menyelusuri Sungai Yak Yah sambil melihat sendiri bentuk dan rupa kelip-kelip yang amat jarang ditemui ini mengerumuni pokok Berembang, pokok Putat dan pokok Bebaru yang tumbuh subur di sepanjang perjalanan mereka menyusuri sungai tersebut.Terdapat empat spesies kunang-kunang di Sungai Yak Yah di mana haiwan kecil yang unik itu dikatakan membiak dengan begitu banyak dari bulan Julai hingga Oktober pada setiap tahun. Spesies kelip-kelip terbanyak adalah Panthera Tigris Jacksoni. Bilangan puluhan ribu cahaya kunang-kunang menghiasi pokok-pokok di sepanjang sungai tersebut seolah-olah terdapat pesta lampu yang bergermerlapan di situ pada tempoh tersebut.